Wednesday, 26 October 2011

Kenapa Lelaki Suka Tanya Waktu Kat Awek ??

Assalamualaikum semua. ape kabar ? harap baik2 aje la kan. lama tak menconteng dekat blog. ni baru dapat peluang. tulis, tulis dan tulis. nilah entry kali ni.  kenapa lelaki suka tanya waktu kat awek ? macam kat bas stand. betul tak ? haha


Apa lagi, sah dan sahih nak ngorat ler tu. Betul kan cakap aku ni ? eh, senyum2 la pulak, suka la tu. Hikhik.
jangan nak gatai na ! haha


Sebenarnya orang lelaki ni tak berapa yakin dan tak tahu nak mulakan bicara, jadi yang terlintas nak tanya jam sebab nampak awek tu pakai jam, maka lelaki pun tanya la..”Jam pukul berapa cik adik ?” hehe.
tak tahu ke tak malu ? 


Pasal lelaki malas nak pakai jam, bukannya tak mampu nak beli tapi tak reti nak menilai kepentingan masa. (maybe). tapi bukan semua la. sesetengah je.
Masa Itu Emas



Kalau la awek tu teman chat yang pertama kali berjumpa dan tak cantik maka boleh la si jantan perasan yang dia hensem sangat saja-saja tanya jam pukul berapa ? konon ada hal lain.
saya kan hensem. hikhik


Dengan harapan kalau dah serius bercinta dengan awek tu kelak akan mendapat hadiah jam tangan time bufday.
omg ! besarnye.
yela kot. haha


p/s : xde kene mengena pic ni. sekian.

Monday, 24 October 2011

Hujan Oh Hujan

bukan hujan yg ni.
Tapi yang ni.

Assalamualaikum kawan-kawan. Nak tanye ek . memang musim hujan ke skang ? asyik hujan je . haha. Lagi2 dekat Port Dickson ni. Sejuk je bila hujan. Kalau tido memang sedap. Bila tengah naik moto nak pegi keje, tetibe hujan. Abis lah basah lencun. Tapi takpela, hujan yang turun bagaikan mutiara. Dan juga tanda turunnya rahmat Allah buat semua makhluk. Mungkin rahmat tu kita x sedar bilaa kita dapat, tapi Allah itu Al-Rahman. Dia Maha Pemurah. Walau sejahat mana pun manusia, Dia tetap berikan rahmat-Nya. Alhamdulillah.



Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan? 

- Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan






"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Sunday, 23 October 2011

Play The Game : BADMINTON

assalamualaikum. apa khabar semuanya. harap Sihat-sihat belaka. hari ni aku ade game badminton dekat Shah Alam.( seksyen 19 )siap dapat baju lagi. tapi tak lawa la. buat kain buruk boleh la. haha.kata tournament ni untuk beginner and amateur. sekali state player pon ade.haha. BUNGKUS-BUNGKUS. ape pon tak boleh. tapi memang susah la nak menang walau satu round. nak sampai ke final ape tah lagi kan ? aku punye rezeki sampai suku akhir je. kalah 30-29. alhamdulillah. janji tak kalah awal2. bukan ape. tak berbaloi. tapi rasa GUGUP 


sangat menguasai diriku. aduh. bukan takut dengan opponent, cuma takut buat mistake. atau lagi teruk SILLY MISTAKES. adoyai. tapi tak apa la. okayy la tu. alhamdulillah. bukan selalu masuk tournament. dapat tengok skill orang yg AWESOME. terbaik la ..apepun main badminton memang best. the most safest sport in the world.


p/s : main la badminton. best tau. xD

Thursday, 20 October 2011

Saya Malu La

WORDLESS
               p/s : malu kan cabang iman. hehe

Emosi

Kucing pun ade emosi mereka yg tersendiri

Wednesday, 19 October 2011

Mulianya Peribadi Rasulullah.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 


Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W






Tuesday, 18 October 2011

Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif

Assalamualaikum readers. entry kali ini pasal nikah gantung ? apa itu nikah gantung ? mcm ni ha ..

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Islam itu memudahkan umatnya

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Boleh mengelakkan zina

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
§  Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
§  Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
§  Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
§  Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
§  Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
§  Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
§  Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


§  
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
§  Masih menuntut di kolej atau universiti
§  Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
§  Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga


Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Anak adalah permata yg berharga

 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.
 p/s : sekadar perkongsian bersama.

Siram .

please la. haha

Monday, 17 October 2011

Omak Ai !

nak kata apa-apa ?
p/s : senyum x perlu kata apa2.

Sunday, 16 October 2011

Ini Life Saia.



Life aku sbg budak engineer kat U. boleh caye ke ? mcm
MEMBONGAK je. haha
TAPI takpe

3 TIMES assignments = 3 TIMES facebooking + internet


EQUAL TO 





HAHA. KBYE

Saturday, 15 October 2011

Have A Pity

Jangan BEBANkan AYAH Anda. Kesian

5B3 : tinggal kenangan.

RAN dan QIBAH (mak cik dobi 5b3)
ZAHWAN, AMIN ,AKU
JAMUAN KELAS LA WEYH
BAHAGIA kan KAMI ??
1 LELAKI : 4 PEREMPUAN = POLIGAMI
SYUKH, AFIQ (PAN ASIA)
SAFWAN ( CAPITAL "E") ,HAFIZ

Itu Jela yg ADA. Semoga SEGALA KENANGAN terSEMAT dlm HATI keyh ! bye2

Friday, 14 October 2011

Sayang Awak Ketat-Ketat


SAYA SAYANG semua KAWAN-KAWANsaya

Ayat yg selalu kite dengar :
" she's/he's my ex-girl/boyfie "

P'kataan yg slalu buat kite happy :
I LOVE U
I MISS U


Benda yg slalu tipu kite :
CINTA MONYET
ni cyunk kitew aww. 


Yg slalu wat kite tensen
RESULT TERUK



Yg bleh wat kite jd xtntu arah :
CLASH



Yg susah kite jumpe:
TRUE LOVE


TP,. Ade 1 bende yg slalu kite dgr :
KAWAN

Tp jarang kita jumpe :
KAWAN SEJATI
Dan 1 ayat kite xakan pnh dgr :

" Die tu ex-Kawan aku "coz once a friend,FOREVER A FRIEND..(",)

p/s : "aku sayang kau kawan. muah3."