Friday 18 March 2011

pertama kali aku di plkn




Hari first di tempat berkumpul, di Padang Merdeka,PD, aku hampir-hampir ketinggalan bas..aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 10 pagi..alamak!!dah lambat..takut tertinggal bas la pulak..time tu,semua pelatih dari sekitar PD dah naik bas yang akan bertolak ke kem De Bana,Jempol..nasib baik, aku sempat menaiki bas tersebut. Time aku masuk, pergh! segan gile..ramai orang dalam bas..aku pun dengan muka yg malu sebab aku yg last naik bas terus mencari tempat duduk yang kosong..syukur, aku jumpa satu tempat duduk yg kosong dan di sebelah aku ada sorang budak Cina..aku dah tak ingat nama dia la..lantak la..bukan penting mane pun..haha..tapi sepanjang perjalanan ke kem tersebut, aku melihat sekeliling..aku lihat banyak pokok yg menghijau..seolah-olah melambai-lambai kepergian aku dan aku lihat ramai manusia yang sibuk menjalankan urusan harian masing-masing..ada yg jual nasi lemak,ada yg siram pokok bunga dan ada pula kanak-kanak kecil yg bermain di luar rumah mereka..jelas terpancar keseronokan di wajah mereka ketika bermain..teringat aku mase kecik dulu..aku pun gembira macam dorang..ramai yg dalam bas tido,tapi aku tak tido pun..mungkin kerana tak sabar2 nak lihat ‘rumah’ baru yg bakal aku huni selama lebih kurang 2 bulan setengah ni..tak sampai tiga bulan pun..akhirnya,pada pukul 12 tengahari, aku selamat sampai di kem tersebut.. pada pandangan pertamaku, aku lihat kem tersebut sudah kelihatan seperti telah lama dibina..kem tersebut dikelilingi hutan hujan tropika..(tak berapa tropika sangat la) dan juga lereng2 bukit tinggi yg ditanam dengan pokok kelapa sawit..setelah turun dari bas, aku ke dewan makan bersama pelatih2 lain untuk mendengar taklimat yg disampaikan oleh beberapa jurulatih..taklimat itu lebih menjurus kepada cara nak hidup di kem ini..paling penting,kalau nak hidup senang,ikut sahaja arahan..atau dalam kata yg lebih mudah,bertindak mengikut arahan..kata2 hikmat itu masih terngiang-ngiang dalam telinga aku sampai la ke hari ini..selesai taklimat,aku ke kelas utk mendaftar..ramai betul orang..daripada situ la aku meluaskan ‘coverage’ rakan2 ku..di situ jugalah aku mendapat no.katilku dan kompeniku..bila da abes, aku ke logistik utk mengambil pakaian2 yg tlh disediakan oleh JLKN..ade blanket,cadar,sarung bantal,celoreng,tuala dan baju PT..pastu, aku ke dorm aku..dorm aku ialah Dorm C. Kompeni aku ialah kompeni Bravo..terdapat 9 dorm di kem ini..dua dorm utk satu kompeni..dorm C dan dorm D adlh utk kompeni Bravo..Di sini, trdpt 4 kompeni iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta..Dan mengikut kata2 jurulatih, Bravo adalah kompeni yg selalu menang kompeni keseluruhan terbaik..wah2!!hebat rupenye Bravo ni..aku harap Bravo akan menang la tahun ni..Amin..OC(Officer Command) kompeni aku adlh Cikgu Ali..beliau memang baik..senang cite dia memang kamcing dgn kitorang la..tapi kalau dia marah, memang dia marah kaw-kaw punye..haha..2 IC kompeni aku pulak adlh Cikgu Omar..Cikgu Omar kira mcm timbalan Cikgu Ali la..ha!!yg nie pun baik jugak..aku pun memang respek kt dy..IC SCOTT(Incharge Command) kompeni aku pulak ialah Syakirin..budak MTD(Maktab Tentera Diraja)..dia ni lah ketua kompeni Bravo.. Dia nie memang baik dan tegas..tapi aku memang respek kat dia..walaupun dia banyak menghadapi pelbagai cabaran samada dari budak2 Bravo,jurulatih2 ataupun dari pihak pengurusan,tapi dia tetap sabar menguruskan kompeni Bravo..antara perkara yang aku tak dpt lupakn kat sini ialah  time prep komandan ataupun perbarisan komandan..time tu semua kene pakai full loreng dan komandan kem,Mejar Haikal akan check pakaian kitorang satu persatu..dari atas sampai bawah..dari beret sampai la ke spike boot..kira2 utk etika pemakaian yang sempurna la..sampai giliran aku,spike boot aku tak berkilat..aku rase dah berkilat dah..mungkin aku tak reti kilat kasut lagi kot..yela..baru sampai kan..haha..petang tu jugak aku dan beberapa pelatih lain yg diambil no.katil dipanggil untuk didenda..pakai full loreng lagi..aduh!!ntah macam mane agaknya denda tersebut..rupe2 nya denda tu senang je..time tu kami kene denda depan kolam besar..cuma kene sebut camni, “saya berjanji tidak akan melanggar lagi etika pemakaian di plkn..minta maaf air, minta maaf pelampung, minta maaf kasut, minta maaf belt, minta maaf beret”..berapa banyak kali kami semua tergelak2..rase macam diperbodohkan pun ade jugak..haha..selagi gelak,selagi tu kene ulang..sorang gelak,semua kene ulang balik..lepas tu kami serius..dah tak gelak dah..dalam hati dah tergelak2 da..HABIS!pastu da habis..kami keluar baris dan terus ke dewan makan utk dinner sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita..selain tu, bendera kompeni kitorang yang lawa tu kene ambil dgn komandan..pergh!!berdarah bijik mata aku tengok bendera kompeni kene ambil camtu je..agaknya komandan berkenan dgn bendera Bravo kerana bendera Bravo lebih attractive drpd bendera2 kompeni lain..haha..so,untuk ambil bendera balik, kompeni aku kene buat majlis peminangan..ala,buat macam orang kawin betul2 la..ade rombongan meminang,pengantin,istiadat merenjis dan majlis persandingan..aku pulak kene menari zapin,tarian yg aku tak pernah aku buat sepanjang aku hidup selama 18 tahun..haha..bukan tak pernah buat langsung,buat sikit2 tu pernah la,tapi yg kali ini,kene buat depan ramai orang..depan satu kem..dah la banyak step..susah nak ingat..tapi takpe,aku akan buat yang terbaik..dipendekkan cerita,majlis peminangan pun selesai la..komandan pun bagi la balik bendera kami..bila dah dapat bendera,baru la aku dan budak2 kompeni Bravo bersemangat balik..haha..mungin bendera tu macam nyawa kami..tunjang kekuatan kami selama ini..ha!!..baru aku teringat..pernah satu pagi,time PT(physical training) pagi, suma pelatih lelaki yg muslim kene masuk Sg De Bana sebab ramai sangat yg datang surau lambat utk solat Subuh..haha..tak lah besar mane Sg.Bana tu,lebar dalam 1 meter lebih la..kene duduk dalam sungai..habis basah  sampai ke pinggang..memang sejuk menggigil..tapi takpe..itu semua pengalaman yang akan aku semat dalam hati ku ini sampai kapan pun..pengalaman itu sendiri sebenarnya mendewasakan kita..betul tak??bagi aku lah,personally,paling best kat plkn adalah waktu kelas..kelas aku bernama CB3..masa ini,kelas aku tak mengikut kompeni..semua kompeni ade..mula2,modul yg pertama diajar adlh Modul Pembinaan Karakter(MPK)..modul ni lebih kepada utk menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Dalam modul ni,i learn a lot about mustahil ke boleh,sikap,tanggungjawab,perjanjian,kreativiti dan banyak lagi ..modul yg kedua pula bertujuan menampilkan yg terbaik dalam diri orang lain. Dalam modul ini pulak, aku belajar pasal kepimpinan,kerjasama,sumbangan,matlamat,pertimbangan and a lot more..memang best la kelas CB3 ni..pelatih2 CB3 sporting2,,cikgu2 pulak sporting macam Cikgu Fuad yang tinggi lampai,Cikgu Lin yang rendah..memang rendah pun..sori ye cikgu..saya bukan nak kutuk cikgu,cuma nak bagi cikgu popular sikit la dalam jurnal saya nie..haha..dan juga Cikgu Lieya yg tembam2 dan comel..tidak ketinggalan juga Cikgu Mas yg baru menjadi jurulatih multiskill kat kem De Bana ni..cikgu nie boleh tahan jugak cun..haha..selepas MPK,modul yang kedua adalah Modul Budaya Kerja..bukan lagi kelas CB3,tetapi kelas BK3..BK tu membawa maksud Budaya Kerja..cikgu2 kelas aku ni same macam cikgu kelas CB3..dalam kelas ni,tak lagi campur antara kompeni,BK3 hanya utk kompeni Bravo je..dlm modul ini, aku belajar pasal temuduga,origami burung,matlamat jangka pendek dan panjang and a lot more..modul yang ketiga pula adlh Modul Kenegaraan..kelas aku adlh KN4..ada satu cikgu je iaitu Cikgu Omar..tahu2 la Cikgu Omar,a sporting person..macam2 beliau citer dalam kelas aku..modul ini menekankan semangat patriotisme kepada negara dan mengajar kita lebih mengenali Malaysia yg tercinta ini..banyak betul ilmu baru yg aku belajar dari kelas CB3 dan kelas KN4..terima kasih cikgu2 ku..tidak lupa juga, dlm plkn ini, aku telah menemui ramai kawan dari pelbagai kaum..kawan yg mule2 aku jumpe time masuk kem ni adalah Nadzri..satu dorm dgn aku..tapi dia tak lama kat plkn..dia kene pengecualian drpd menyertai plkn,pasal dia semput..aku sedih jugak sebab tak dapat berkawan dengan dia lagi lama..tapi sekarang kami masih contact lagi la..aku juga dapat kawan2 perempuan Cina atau amoi seperti Ah Ting,Serene,Pauline,Tisu,Bei Bei,Ai San n a lot more..dorang suma comel2..haha..yang lelaki pulak seperti Gerard,Chong,Kai Vern,Wong n a lot more..aku juga dpt kwn2 dari kaum India seperti Abi,Kris,Letchumy,Shalini,Ronie,Guna,Sureen n a lot more..aku jumpe jugak sorang kawan yang aku selalu lepak same2..nama dia Fazri..lepak berborak2 dan selalu makan keropok sama2..bab kawan dah habis..dah ramai..sekarang aku nak cerita la pulak pasal aktiviti2 kat sini..pertama,bahas antara kompeni,kompeni aku menang pasal budak bahas aku ade yg pembahas kebangsaan..hujah mantap2 belaka.seterusnya,prtndingan lagu patriotik..kompeni aku kurang bernasib baik..ntah..mungkin takde rezeki kot..lepas tu aktiviti Sukan Darat..sukan2 seperti bola tampar,futsal,bola jaring,bola keranjang,takraw dan pingpong...bagi kami wira Bravo,suma game kami kalah..sob2..haha..ape pun kami dah buat yg terbaik..takde rezeki kan,nak buat macam mana..wirawati kitorang la yg banyak berjasa utk kompeni Bravo..mereka menang sukan futsal n bola tampar..dorang la yang menambahkan merit kompeni kitorang..terima kasih wirawati Bravo..haha..selain itu,ade juga prtndgn kembara halangan,ala,yg macam training tentera tu..ade kawat berduri,tembok 6 kaki dan macam2 lg..tapi secara keseluruhan,kami di tempat kedua..Alpha johan keseluruhan bagi kembara halangan..lepas 2 ade jugak prtndgn kawad kaki..bagi kami,wira Bravo,inilah masa yg kami sangat tunggu2 kan..kami memang nekad nak buat yg terbaik utk kawad dan menang pasal kitorang tak pernah menang satu game lagi pun..kawad yg dipertandingkan adalah kawad statik dan kawad dinamik..alhamdulillah,kami wira Bravo betul2 terkejut kerana kami menjadi johan kawad kaki..kami pun apa lagi,melonjak keriangan setinggi2 yg boleh..kalau boleh nak lompat capai awan..haha..memang hepi gile time tu..yela,mungkin pasal first time menang dan mungkin juga sebab kami dah really work very very n very hard utk jadi johan..tima kasih ya Allah..Alhamdulillah..wirawati kami pula kurang bernasib baik..tapi takpela,mereka tak jadi johan pun takpe pasal mereka dah sumbang banyak merit utk Bravo..secara keseluruhan..johan keseluruhan utk kawad kaki adalah kompeni Charlie..habis dah suma aktiviti2...ade satu petang tu,majlis penyampaian hadiah..kompeni2 lain menang banyak hamper,tapi kompeni kami kurang hamper..yela,tak byk yg menang kan..wirawati kami banyak la hamper dorang..kami?wira Bravo??hamper??dua je..hamper kawad kaki..tapi takpe..kami dah buktikan yg wira Bravo bole menang salah satu prtndgn..hampir aku terlupa..pasal aktiviti menembak..sehari sebelum menembak,aku mendengar teori menembak yg disampaikan oleh beberapa anggota tentera dari Kem Semboyan,Seremban..dorang ajar la bahagian2 M16,cara2 menembak yg betul dan posisi menembak iaitu posisi meniarap..ini bukannya pertama kali aku pegang senjata,dah beberapa kali tapi kali ini aku akan menembak pakai peluru hidup..kalau kene bole mati..pergh!takut jugak..haha..anak jantan mane bole takut kan..haha..tak sabar2 ni nak pergi menembak..esoknya,pergi menembak di Lapang Sasar Mantin..setiap pelatih telah diberi detail dan target masing2..giliran menembak juga akan mengikut detail dan target masing2..sebelum giliran aku,aku tengok ramai yg tembak tak kene pun papan target..banyak kene bukit..rupenya susah juga ya nak menembak ni..sampai giliran aku,aku meniarap dan mengikut segala arahan pengasuh aku..pengasuh tu tentera yg a memberi tunjuk ajar ketika menembak..tembakan pertama sebanyak 5 butir peluru iaitu tembakan pelarasan..yg ni tak ambil markah..lepas tembakan pelarasan,suma pelatih bole tengok papan target masing2..time tu la nak tengok kat mana 5 peluru tadi pergi..ade pelatih yg kat papan target dia satu peluru je..lagi empat?tersasar la tu..aku?3 je yg kene..lagi 2?melayang entah ke mana..haha..lepas tu tembakan sebanyak 20 butir peluru..ha!!yg ni ambil markah..daripada 100 markah,aku dapat lebih separuh la..tak bole bagitahu la..secret..haha..yang paling tinggi sekali member aku,budak Delta,88 markah..memang hebat..tapi menembak memang best gila..rasa macam main game Counter-Strike pulak bila menembak pakai M16 tu..haha..memang best..malam last sebelum balik,adalah makan malam besar-besaran satu kem..malam ni semua dating termasuk komandan baru,bukan lagi Mejar Haikal,tapi Mejar Zainal..acara utama pada malam ini adalah karaoke daripada pengurusan,jurulatih dan pelatih2..komandan pun turut memayungkan suara beliau..boleh tahan la lunaknya..tapi yg paling best adalah suara TKP(Timbalan Komandan Pengurusan) kami,Kapten Azizul..pergh!!suara beliau memang sedap dan lunak habis..kebanyakan yg mengkaraoke pada malam itu adalah lagu2 60-an..lagu2 tu sedikit sebanyak menggamit nostalgia lama..bila semua dah habis,inilah saat2 yg paling ditunggu-tunggu sekali..upacara meminta maaf daripada pihak pengurusan dan jurulatih..time ni lah,ramai yg nangis..sob2..berguguran lah air mata kemaafan..aku pun tak terdaya menahan sebak..rasa pilu bersarang di hati..beberapa hari selepas itu,aku pun bertolak lah dari kem menuju ke rumah dengan seribu satu kenangan yg tak mungkin aku lupakan sampai bila2..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan PLKN..sekian..
                                                                                                                            
                                                                                                                                THE END...

2 comments:

azlin hashim said...

Salam syazwan, firstly congrates coz dah berjaya create blog sendiri... snang jek kan.. thanks! sy dah . baca post awak. hurm not bad, menarik! kalau ada pic lg cantik Wan... nama sy pun ader awak letak.. hurm betul Wan, ramai pelatih ckp kelas Cb 3 mmg GEMPAK!!!!! HURU HARA , BISING & KACAU BILAU…. haha...

wan, apapun hargailah detik indah yg tercatat di De'bana... kesempatan yg tuhan bg pd kita sekejap jek, tp byk pengalaman berharga utk kita kenang pda masa depan.
kalau dinilai dgn wang ringgit sekalipun tidak terbayar dgn apa yg kita dpt semasa di PLKN.. smg berjaya Wan, ader msa kita jumpa lg...

Salam Sayang.... Cikgu Alynn...

Shazwan: said...

thanks cikgu..sy baru lg kt blog ni..nanti sy akan bg lg menarik..u!i love..muax..