Monday, 18 June 2012

Mr.Berubah vs. Mrs.Istiqamah

SPM 2005

Di sebuah sekolah menengah, baru saja masuk sorang pelajar perempuan. Bertudung labuh. Cantik bersih wajahnya. Nampak sopan. Nampak baik orang nya. Namun tiada tahu akan perilaku nya bagaimana. Abdul Yusuf sekilas terpandang. Katanya dalam hati

"Wah , Allah dah turunkan bidadari syurga untuk aku lahhh. Hehehehe "

Bidadari syurga tidak terperi indah nya.

Satu hari terserempak di kafe nak beli makanan.

Yusuf : Hai ! ( Selambe je)
Saudari : Assalamualaikum.
Yusuf : Errr. Waalaikummussalam. Hehe. Boleh kawan?
Saudari : Boleh.
Yusuf : Saya Abdul Yusuf. Awak?

Saudari : Puteri Balqis.
Yusuf : Sedap nama tu. Kelas mane?

Puteri Balqis pun tergesa-gesa meninggalkan Yusuf tanpa sempat membalas soalan dia. Yusuf agak sedikit kecewa.

" Takpe lah. Mungkin takde rezeki kali ni nak borak panjang-panjang dengan dia "

Sekali lagi, sabar itu ajaib.


Hari demi hari. Yusuf sudah lama tidak melihat kelibat Puteri Balqis (PB). Satu hari Abdul Yusuf terlihat Puteri Balkis sedang memberi sedikit makanan kepada kucing yang lapar.

Kucing juga binatang kesayangan Rasulullah.

"Ya Allah, cantiknya peribadi dia secantik wajahnya "

Sedar tak sedar, Abdul Yusuf mula tertarik dengan peribadi. Dirasakan Puteri Balqis sangat special dihatinya. Mulalah dia menjadi spy seolah-olah ingin mengambil tahu segalanya tentang Puteri Balqis. Dia Menghulurkan tali persahabatan dengan teman2 rapat Puteri Balqis. Kata mereka, P. Balqis seorang yang baik hati, caring pasal kawan-kawan dan yang paling penting, dia sentiasa menjaga agamanya. Melakukan yang wajib, meninggalkan larangan-Nya dan istiqamah melakukan amalan sunat. 


Abdul Yusuf malah semakin tertarik pada Puteri Balqis.

" Ya Allah, kurniakanlah aku perempuan sebaiknya Puteri Balqis bila besar nanti . Amin. "

Wanita solehah idaman lelaki.


Hari demi hari, Yusuf asyik teringatkan Puteri Balqis. 

" Mana mungkin Puteri Balqis akan tertarik dengan aku. Aku dan dia jauh beza. Aku yang wajib pun xterjaga, inikan yg sunat. "

Walaupun suka pada Puteri Balqis, namun Yusuf tidak pernah memberitahu perasaannya itu pada PB. Kerana dirasakan ada jurang beza yg besar antara mereka.

Sebesar inikah jurangnya?

Satu petang Yusuf jalan-jalan di town, dia ternampak satu buku yang bertajuk 'Jom Berubah . Personaliti Mukmin Sejati Digapai' . Satu baris ayat yg menuntun perhatian Yusuf :

" Cintailah perempuan yang boleh menyuburkan iman dan takwa kamu kepada Allah "

"Kalau aku berubah untuk lebih mencintai Allah dalam masa yg sama mencintai PB? Adakah Allah akan bantu aku? "

Yakinlah pada Allah :)

Zaman persekolahan telah berakhir. Yusuf lulus cemerlang dalam SPM. Begitu juga Puteri Balqis. Namun Yusuf tidak berjumpa pun dengan Puteri Balqis untuk meluahkan cintanya.

'"Cinta aku untuk PB akan kekal subur sesuburnya cinta aku pada Allah S.W.T "

Semoga kekal subur cinta kita pada Allah :)

Bila rindu, Yusuf akan pejamkan matanya dan titipkan doa buat Puteri Balqis.

" Ya Allah, semoga Puteri Balqis bahagia di sana dan dalam keredhaan-Mu sentiasa "




UMUR 25 TAHUN 


Kini, Abdul Yusuf telah menjadi seorang jurutera berjaya dan seorang mukmin yang sentiasa menjaga agamanya. Melakukan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang di samping istiqamamah berakhlak mulia.

" Aku lakukan ini semua kerana Allah Taala semata-mata."

Cinta pada PB masih subur dalam hati Yusuf. Dengan harapan agar dia dapat berjumpa dgn PB suatu hari nanti dan dapat menyatakan perasaannya seterusnya mengambil menjadi isteri yang sah. Kerana melalui nikah, semuanya sah.


Nikah ikatan yang sah :)

Tidak lama,  Abdul Yusuf di sebuah masjid ketika selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah. Terlihat Yusuf akan Puteri Balqis bersama ibunya sedang menuju ke kereta mereka. Dilihatnya mereka seperti ada masalah.

AY : Assalamualaikum. Kenapa ni makcik?
Mak PB : Tayar kereta mak cik ni nak. Bocor pulak.
AY : Ouh. Mak cik ade tayar spare tak dalam kereta mak cik ni?
AY : Mari saya tolong makcik gantikan tayar kereta tu.

 " Baik betul anak ni. Sopan lagi dengan orang tua "


Mak PB : Balqis, tolong mak. Bukak bonet kereta. Ade orang nak tolong gantikan tayar kereta.
PB : Okayy mak. Kejap.

Sekeluarnya PB dari kereta, dia ternampak AY sedang menukar tayar kereta.

Nak pikat anak nyee, pikat ibunya dulu. hehe


PB : Eh, macam pernah nampak awak je.
AY : Hehe. Pernah jumpa dulu. Masa sekolah menengah. SMK Bukit Kupuing. Ingat?
PB : Ohh. Awak ea yang tanya nama saya kat kafe tu?
AY : Hehe. Ingat lagi ea?
PB : Alhamdulillah ingat lagi.
AY : Dah lama kan tak jumpa ? 7 tahun. Subhanallah, masjid ni menjadi tempat pertemuan kedua kita.
PB : Yup. Lama sangat tak jumpe.
AY : Awak pun dah makin cantik sekarang ni. Hehe.
PB : Haha. Ade-ade je awak ni. ==' Okay lah, nak balik dulu. Kalau ade rezeki, kita jumpa lagi ea? Assalamualaikum.
AY : Waalaikummussalam.

Hari demi hari, Yusuf asyik teringat kan Puteri Balqis. Begitu juga Puteri Balqis. Masing-masing teringat akan kemesraan sewaktu perjumpaan kedua di masjid beberapa hari lepas. Yusuf pun meneruskan rutin hariannya. Solat berjemaah di masjid.

Satu waktu selepas solat Maghrib,

AY : Eh, awak solat dekat sini lagi?
PB : Eh Yusuf. Terperanjat saya. Assalamualaikum. Selalu jugak saya dan mak solat sini.
AY : Err lupe. Waalaikummussalam. Hehe. Ouh mak mane ?
PB : Mak kat belakang tu. Pi tandas katenye.

Puteri Balqis merasakan Yusuf seorang lelaki yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Muslim dengan baik dan hatinya dekat dengan masjid.

Mungkinkah dia bakal imamku dan pemilik rusuk kiriku ?

Kenapa bila berhadapan dengan Yusuf, hati aku tenang je? Malu pun ade. Kenape ek?

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

Mungkinkah dia ?

Yusuf pula merasakan semakin hari cintanya pada PB makin subur sesubur cintanya pada Allah. 
Yusuf melakukan istikharah dan meminta petunjuk dpd Allah. Dengan hati yang tenang dan waras, dia tekad untuk ke rumah PB untuk masuk meminang.

Sedaya upaya AB mencari tempat tinggal PB. Alhamdulillah, jumpa jua dia dengan rumah PB. Yusuf lantas berjumpa dengan ibu dan ayah PB dan merisik apakah PB sudah berpunya. Ternyata PB tidak mempunyai calon pilihan hatinya lagi. Dengan hati yang yakin, AB menyatakan niat murninya untuk meminang PB dan mengambil nya menjadi isteri yang sah. Mak dan ayah Puteri Balqis tersenyum. Puteri Balqis pun setuju. Malu-malu kucing. Malu tapi mahu. Hehe. Setuju letew. Alhamdulillah.

Segala pujian pada Allah :)


Mungkin sudah tersurat jodoh di antara mereka. Allah Maha Mengetahui akan Tiap-Tiap Sesuatu.

Hehehhe.



MALAM PERTAMA


PB : Abang , ayang nak tanya sesuatu boleh ?
AY : Tanyalah sayang . Tanya sepuluh pun takpee. Hehe. ( Dengan nada suara yang manje)
PB : Kenapa dulu masa sekolah tak cakap yang abg suka kat ayang?
AY: Abg malulah. Abg dulu solat pun tunggang terbalik. Lainlah ayang yang memang jaga solat kan?    Tapi start time tu abg berazam nak berubah nak jadi mukmin yang diredhai Allah. Abang nak mendalami ilmu agama. Ayang nak tahu something tak?
PB : Apa dia bang?
AY: dulu kan setiap hari abg berdoa agar kita ade jodoh pada Allah. Sebab abg tahu sekuat mana pun abg berharap, abg merancang mahupun berusaha, Allah jualah yg menentukan segala-galanya.
PB : Nampaknya abang betul-betul sayang kat ayang  dulu. kan kan ? (sambil mengusik manja suaminya)
AY : Mestilah sayang. Sape tak sayang first love oi ayang?
PB: Wah , ayang first love abang eh? 
AY : Yup. First love dan insyaAllah yang terakhir dalam hidup abang selamanya. Lainlah kalau ayang nak madu. Hahhahaa.

PB : Abang !! (marah2 manje).

Kedua-duanya kini mampu tersenyum bahagia dalam meniti layar kebahagiaan.

Ingatlah :


Sekuat mana kita berharap, sekuat mana kita merancang, sekuat mana kita berusaha, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Yang penting Doa selalu diiringi dengan usaha :)

Dan satu lagi !!! 

Kene bersyukur selalu :)


. Sekian saja cerita saya. Wasalam. hehe.



12 comments:

saleha said...

Seronok cite nie.. Alhamdulillah de pengajarannya.

Shazwan: said...

saleha : hehe. same2 lah kita ambil yg baik.

Unknown said...

nice story!! best n sweet :)

Cik nadya said...

wah ! bestnye kalau cinta sy juga begini ..

tersangat sweet cerita ni :D

Nurul Ainee ♥ said...

Amboi-amboi amboii dia , kemain yee --'

Shazwan: said...

miftahul : hehe.thanks

c.nadyya : doa lah byk2. mane tau cite ni awak punyee. haha

yun : hehehe

Cik nadya said...

amin !
jangan lupe buat cerita byk2..
sy pasti bace..hehe :]

Shazwan: said...

c.nadyya : baik bos ! haha

Cik nadya said...

hahaha..
bagus2 :D

Shazwan: said...

c.nadyya : hehe.

Akemal said...

satu perjalanan cerita yang bermakna,tahniah. ^^

ikaa said...

bhagianya rasa lau dpt somi cm tu