Saturday 4 February 2012

Maulud Ya Rasulullah :) - Rasulullah SAW dan Yahudi Pencuri

Assalamualaikum buat kawan2 semuanya . Harap korang sihat alhamdulillah lah ye . Sedar tak sedar sekarang dah hari kelahiran Junjungan Besar kita kan iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Selawat ke atas baginda . Jadi jom kawan-2 kita baca sedikit kisah hidup Rasulullah S.A.W . Betapa mulianya baginda. 


Seorang Yahudi mencuri di pasar, semua berusaha mengejar pencuri itu. Rasulullah SAW baru saja datang ke pasar, Beliau SAW melihat seorang Yahudi dikejar oleh banyak orang. Rasulullah SAW ikut mengejar Yahudi itu. Rasulullah berfikir apabila Yahudi ini tidak memiliki kalimah Laailaahaillallaah maka ia akan celaka dan sengsara selama-lamanya. Si Yahudi pencuri itu berlari sangat cepat semua orang tidak ada yang sanggup mengejarnya kecuali Rasulullah SAW. Pencuri itu terus lari dan Rasulullah SAW terus mengejarnya. Akhirnya pencuri itu kelelahan ia berhenti berlari. Rasulullah SAW pun mendapatkannya. Pencuri itu dengan tersengal-sengal bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah engkau?". Aku Rasulullah (SAW), engkau ucapkanlah Laailaahaillallaah pasti engkau akan mendapat kejayaan, jawab Rasulullah SAW. Pencuri itu berkata lagi, kalau engkau bukan seorang Nabi pasti engkau tidak akan dapat mengejarku, maka aku bersaksi di hadapanmu tiada tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya.


kalau nak baca banyak mengenai Rasulullah , korang semua bolehlah terjah ke blog ni > Junjungan Besar Kita

Kalaulah kita boleh contohi sifat-2 mulia Rasulullah kan ? kalau tak semua pon , sedikit pon jadilah . Kan ? Insya-ALLAH . Jom kita Ber-SUNNAH!!





4 comments:

Unknown said...

salam maulidur rasul.. :)

Shazwan: said...

salam maulidur rasul cik aish .

FR said...

salam maulud nabi :)

Shazwan: said...

fathiah : salam maulud nabi juga.