Sunday 18 December 2011

Berkorban atau Menerima ? Mana Lebih BAIK ??


Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celahan dedaun hijau.
“Apa khabar daun hijau ! “ sapa ulat kecil tersebut.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yg datang.
“Oh kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” soal si daun hijau.
“Aku hampir tidak dapat daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!” tanya si ulat kecil.
“Boleh! Boleh! Datanglah ke mari!” kata daun hijau. Daun hijau terfikir jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya kelihatan berlubang-lubang...tapi tak mengapalah!
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.



Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.



Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Demikianlah kehidupan kita..
Hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.


Yang manakah yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang menerima kebaikan orang ???


atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa saja ?


5 comments:

Unknown said...

suke3..nak jadi daun hijau tuh..tapi.geli dgn ulat.. =,="

Shazwan: said...

haha. kelaka je. jd mcm daun pun boleh. org yg sggp berkorban hehe

Ana Farhana said...

comeii jekk cerita ni.. :D

Prettywrite said...

nak jadi ulat yang pandai berterima kasih bila diberi sesuatu dan nak jadi gak daun yang ikhlas memberi dan berkorban..:)

Shazwan: said...

ana : hehehe. btol3

prettywrite : bagusla. saling memberi manfaat kepada org lain.