Monday 31 December 2012

Awak dah belajar ilmu ni ?



Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera kpd semua pembaca. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Hehe. Lagi beberapa jam lg nak masuk 2013. Hehehe.

Tiada kene mengena. Hehe.


" Adakah anak yang ada hari ni mereka yang akan beratur berbaris memandikan jenazah ahli keluarga kita lagi-lagi ibubapa kita sendiri ? "

Mati itu pasti. Hidup InsyaAllah.

Semua pernah pergi ke majlis pengebumian kan ? Baik yang tahlil arwah atau yg majlis betul2. Mesti sebak kan ? Hm. Tapi tu bukan yang saya hendak tonjolkan dalam entry ni. Hehe

Sapa tak sedih kan ? Ye dak ?

Apa yang ingin saya tonjolkan kepada pembaca sekalian dan diri saya juga adalah mengenai kesedaran anak-anak yang harus belajar ilmu pengurusan jenazah. Bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga kita sendiri. Lagi-lagi kalau ayah atau ibu kita. Yang paling kita sayangi. Yang duduk number satu di carta hati kita. Takkan nak harapkan orang lain kot uruskan jenazah depa. Kita ? Belajarlah ea :) . 

Belajar kerana Allah. Pasti berkat dan diredhai-Nya.

Belajarlah cara menguruskan jenazah daripada bawah hinggalah ke atas. Kan ada banyak bengkel menguruskan jenazah yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Yang masih bersekolah pun untung. Pasti ada bengkel menguruskan jenazah yang dianjurkan bukan ? Hehhee

Best kan kalau dapat ikut program macam ni ?

Akhir kata, belajarlah ea ilmu Fardhu Kifayah ni. Tak susah pun. Hehe. Assalamualaikum w.b.t :)






2 comments:

diyanaMOHDSARIF said...

singgah dah :) hehehehe

Shazwan: said...

Hehe. Macehhh :)