Monday 15 October 2012

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara :)

Assalamualaikum. Saya mulakan entri ini dengan sebaris firman Allah Taala.

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.




1. Kaya sebelum Miskin

Kaya biasa yang diperkatakan adalah kaya harta. Kaya banyak jugak sebenarnya. Kaya budi bahasa, kaya ilmu hehe. Bagi saya, yang berharta sedikit, jangan segan memberi pertolongan pd yg memerlukan dan tunaikanlah zakat. Sesungguhnya zakat menyucikan harta. Hehe


Nanti bila dah miskin, susah dah nak tolong orang. Hehe. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang membantu org lain meskipun hamba-Nya itu sendiri kekurangan. Hehe.

Beautiful right ?

2. Lapang Sebelum Sempit

Lapang bererti tidaklah sibuk dan banyak masa terluang. Selagi masih ada masa, tingkatkanlah amal ibadah, kunjungilah saudara mara, eratkanlah silaturahim. Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda


3. Muda sebelum Tua.

Masa muda nilah nak banyakkan amal. Sementara masih ada kudrat, buatlah sebanyaknya amal sebagai saham akhirat. Nanti dah tua, kudrat dah berkurangan, peregerakan pun dah terbatas, pasti sedikit sukar untuk memperbanyakkan ibadah. InsyaAllah.


4. Sihat sebelum sakit

Yes, sekarang sihat. Mampu bergerak ke sana sini, mampu perbanyakkan ibadah dan amal. But nanti. Bila dah sakit? Mesti susah sikit kan mahu bergerak, mahu solat, mahu berwuduk. Jadi masa sihat kita hendaklah perbanyakkan ibadah wajib dan sunat kita :)



5. Hidup sebelum mati.

Dunia adalah jambatan akhirat. Dunia lah tempat persinggahan sebelum ke akhirat. Hidup di dunia diibaratkan musafir. 

Dunia ibarat musafir, akhiratlah yang ditujui

Sementara masih hidup. Buatlah amal banyak2. Bila sudah tiba ajal, no more amal yg dilakukan, hanya tiga perkara yg dibawa.




InsyaAllah entry ini buat perkongsian bersama. Assalamualaikum w.b.t






1 comment: