Monday 5 March 2012

Tutorial Matematik Cara Kira Dosa di MukaBuku ?

Assalamualaikum. Hari ni aku tertarik dgn satu artikel . Artikel yg biasa namun awesome . 
Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar. 
Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like,sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.

Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A) + (B) = 30 000 300 - (C)
Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)
Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.
Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.
Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
kan cantik bertudung ?
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
cik abang pon kene ingat jugak ye !
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.  :)
sumber : i love Islam.

10 comments:

Aleen Aiden said...

ok ini memang betul2 bagi pencerahan namanya. :)

Shazwan: said...

aleen : tulah pasal . Baru tahu jugak ni.

Maya Zhang Ai Ly said...

waaa....sentap ni...

Shazwan: said...

MAYA : hehe . sekadar nasihat bersama .

Mishter Izwän said...

menakutkan. itu yang kita tahu, yg tak tahu tah berapa bnyk dah . cepat2 lah bertaubat

Shazwan: said...

izwan : betul tu bro .

Dhofwatul' Aisy said...

Baguih entry neh... bukan senang nak kira semua dosa2 kita... byk tueeee.. huhuhu.. 2 yg blh kira, yg tak terkira? acano? alohaaa... byk3.. nway,tq! sma2 muhasabah diri..

Shazwan: said...

sikecil mirmo : samesame . betul tu . sama-samalah kita peringat diri kita sendiri . hihi

Dyana Saijuni said...

terbaik lh! :)

Shazwan: said...

dyana : hikhik . tau xpe.