Tuesday, 19 November 2013

CAK !

     As salam semua. Lama betul rasanya aku tak update blog ni :( Allahu, dah bersawang betul blog ni kikiki. Lepas ni nak aktif baliklah hihi but slow-slow fuh. So apa khabar semua kengkawan pembaca blog blogwalkers sekalian ? Semoga anda semua sihat belaka lah dan berada dalam rahmatNya (:



Gula-gula hati buat engkorang semua

La ni aku dah pun masuk last sem diploma kat uthm ni. Busy kemain aku sampai takdak masa nak berjimba ewah padahal masih sempat bermain game tengok movie lagi lulz padahal banyak projek+assignments+tutorial lagi tak siap kekeke. Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat aku sampailah aku berjaya grad tahun depan insyaAllah. Engkorang semua pun do well lah ye in your life. Peace ^^

As salam.

Saturday, 22 June 2013

Salam Nisfu Syaaban ^^

Assalamualaikum. 


Salam 1 Jerebu.. eh? hahaha..semoga jerebu di negara kita cepat selesai ya..Amin ^^

Maghrib hari ni :)

Semoga semua sihat belaka dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya..Hihi. 

Semua dah ngaji hari ni?


Lama betul tak update blog ni..Maklumlah baru habis praktikal dengan jayanya alhamdulillah..Hehe

Hari ni 14 Syaaban..Masuk Maghrib ni dah 15 Syaaban..Hihi sekejap je dah separuh bulan Rasulullah S.A.W ni..

Hai semua ^^


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib hari ini)

Allahurabbi ^^

Antara amalan yang dianjurkan kita buat semasa Nisfu Syaaban adalah : Sini


" Malam Nisfu Syaaban di mana doa dimakbulkan dan malam pengampunan "

Ahlan Wasahlan !


Puasa sunat esok jom. Wasalam ^^



Wednesday, 17 April 2013

PRAKTIKAL : HIDUP BARU

Lamalah tak update blog . Hm :( . Ehh , salam lupa nak bagi pulak. Hehe. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hope semua yang membaca or terbaca post dari blog yang tak seberapa ni *humble* sihat-sihat belaka lah. ye dak? Orang dekat sini sihat je. Ewahh gitu!. Kesian dekat blog ni,, naik berhabuk blog ni,em sabar ye sayang, ni nak update lah ni. kikiki.

Okaylah malas nak carut panjang2. haha. dan alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke sem 6 pengajianku dan sem ini adalah praktikalku yeayyyy me ! *dancing*

Engkorang nak tahu saya praktikal mana? Tempat biasa je. Kehkeh.

Steam Turbine

Stesen janaelektrik tuanku ja'afar haaa. Port Dickson. Start masuk 1 April, so far okayy la hihihi. Still a long way to go. Doakan i uolssss !!!

Wasalam. Kbai.


Tuesday, 8 January 2013

Kucing Bukan Untuk Disepak :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua. Hehe. How's 2013 ? Awesome right ? Hehe alhamdulillah.


Baiklah, entry kali ini mengenai kucing. Apa itu kucing ? Antara makhluk tercomel di muka bumi ini yang pernah diciptakan Allah. Hehe.


Marcapada ini, ramai manusia suka sangat sepak kucing. Bukan semua, tapi sesetengah sahajalah. Seolah-olah mereka sudah tiada peri-kemanusiaan. Bagi saya, sekalipun kucing itu kotor sekalipun, kalau mahu halau pun halaulah baik-baik bukannya disepak dilempar ke tepi. Malah ada yang dibakar.


Sekalipun bukan Islam, nilai perikemanusiaan itu penting sebenarnya. Lagi-lagi kalau kita ini beragama Islam. Tegarkah awak sepak kucing ? Cuba bayangkan awak dekat tempat kucing tu, kucing tu jadi awak. Apa rasanya disepak ? Sakit bukan ? Hehehe

Dalam Islam kan ajar kita ihsan pada binatang kan ? Hehe

Seperti yang semua sedia maklum, kucing antara binatang kesayangan Rasulullah. Apa yang Rasulullah buat, itu sunnah kan ? Jadi kalau kita sayang dan jaga kucing baik-baik, secara automatiknya kita sudah mengikut salah satu SUNNAH baginda. Hehe. Selawat ke Atas Baginda. InsyaAllah.

GAMBAR HIASAN

Haa dekat link ni boleh baca kisah Rasulullah dan kucing baginda. Allahurabbi, penyayangnya baginda pada kucing. Ayuh contohi baginda :)


Rasulullah turut mengatakan kucing suci dan tidak najis ? Macam mana tu ?
Boleh baca di sini =>> SINI :)


InsyaAllah, Marilah kita sayangi kucing. Hehehehe.
Assalamualaikum w.b.t :)




Monday, 31 December 2012

Awak dah belajar ilmu ni ?



Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera kpd semua pembaca. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Hehe. Lagi beberapa jam lg nak masuk 2013. Hehehe.

Tiada kene mengena. Hehe.


" Adakah anak yang ada hari ni mereka yang akan beratur berbaris memandikan jenazah ahli keluarga kita lagi-lagi ibubapa kita sendiri ? "

Mati itu pasti. Hidup InsyaAllah.

Semua pernah pergi ke majlis pengebumian kan ? Baik yang tahlil arwah atau yg majlis betul2. Mesti sebak kan ? Hm. Tapi tu bukan yang saya hendak tonjolkan dalam entry ni. Hehe

Sapa tak sedih kan ? Ye dak ?

Apa yang ingin saya tonjolkan kepada pembaca sekalian dan diri saya juga adalah mengenai kesedaran anak-anak yang harus belajar ilmu pengurusan jenazah. Bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga kita sendiri. Lagi-lagi kalau ayah atau ibu kita. Yang paling kita sayangi. Yang duduk number satu di carta hati kita. Takkan nak harapkan orang lain kot uruskan jenazah depa. Kita ? Belajarlah ea :) . 

Belajar kerana Allah. Pasti berkat dan diredhai-Nya.

Belajarlah cara menguruskan jenazah daripada bawah hinggalah ke atas. Kan ada banyak bengkel menguruskan jenazah yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Yang masih bersekolah pun untung. Pasti ada bengkel menguruskan jenazah yang dianjurkan bukan ? Hehhee

Best kan kalau dapat ikut program macam ni ?

Akhir kata, belajarlah ea ilmu Fardhu Kifayah ni. Tak susah pun. Hehe. Assalamualaikum w.b.t :)